setelah blog ini fakum 4 bulan, saya mencoba share tentang persahabatan, bagi teman2 sekalian yang ingin mencari seorang sahabat bacalah ini.
KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan
yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa
kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar
adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka
sama-sama terasah dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib.
Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan
sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.
Persahabatan
Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman
dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat
Islam memilih kawan yang baik.
Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud:
“Jika
ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya
akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).
Rasulullah
SAW juga membeberkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan
dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk
Syurga, katanya: “Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku!
Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah
membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman
kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah menenteramkan
hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya
tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang
dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”
Allah SWT memilih Abu
Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam mendokong usaha dakwah
amat bertepatan sekali. Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke
arah kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Teman
yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa
kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan
kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat
mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar
pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya :
Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman.
Sabda Baginda bermaksud:
“Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).
Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”
Sabda Baginda lagi :
“Seseorang
itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang
daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi
dan Abu Daud).
Menegur kealpaan kawan di atas perkara yang benar
Ubadah Ibn As-Samit berkata:
“Rasulullah
SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan
senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari
tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah
berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan
daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata karena Allah.”
(Hadis riwayat Muslim).
Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang
Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak
menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa
yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada
sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada
kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban)
saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
INTISARI
Mencari sahabat sejati
Persahabatan
Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman
dalam memperjuangkan agama. Mempunyai kawan yang baik mampu membimbing
kita ke arah kebaikan. Sahabat hendaklah dicari daripada kalangan orang
beriman dan bertakwa. Sahabat yang mempunyai perangai dan akhlak yang
buruk hendaklah dijauhi.
semoga dapet sahabat yang baik.. aminn ^.^
Minggu, 29 April 2012
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar